Online Diary Kisah Gadis Bernama N: While Waiting

Tuesday, November 10, 2015

While Waiting

Saat ini, cik N menunggu banyak perkara dalam hidupnya. Tak tahu bagaimana nak ceritakan, menunggu perkara yang pasti atau tidak pasti. Yang pasti, Allah pasti bersama hambaNya. Setiap yang dirancangkan oleh Allah itu pasti yang terbaik. Kita sebagai pelakon di atas bumi ini perlu menjalankan tanggungjawab yang di amanah. Jika terlupa dan terleka, cepatlah tersedar. Masih belum terlambat untuk bangkit semula menuju ke jalan yang lurus, menuju sang Pencipta. Taubat!

Hari ini hari cuti umum. Happy Diwali buat semua yang merayakan. Cik N berehat kat rumah sahaja hari ini dan membantu mak dalam menguruskan perihal rumah. Masa yang ada digunakan sebaiknya. Ini lah masa yang ada bersama keluarga biarpun kita tengok tidaklah sebesar mana tetapi bila bersendirian pasti merindui. Percayalah! Orang cakap, yang dekat ni memang busuk, yang jauh tu wangi. Jadi, bersabarlah. Sekurangnya, mereka yang tersayang ada di depan mata. Hargailah mereka. 

Masa depan yang tidak pasti difikirkan oleh cik N hari ini. Menunggu surat perkhabaran gembira yang masih belum tiba. Menunggu dengan penuh sabar. Semoga yang baik - baik sahaja. Cik N akan gagahi biarpun sukar. Demi sebuah kebahagiaan di masa akan datang. Kerjaya kini cukup selesa sehingga buat cik N takut untuk berubah. Kerjaya kini yang dulunya cik N fikirkan sangat memerlukan profesional dan pandai berinteraksi dengan orang. Benar kata mak dulu, kerjaya yang cik N pilih hari ini memerlukan kita memahami karakter orang yang pelbagai, mengawal setiap emosi yang terjadi, menjadi pemampan bila dimarah, dimaki dan diherdik, sering tersepit dalam dua keadaan dan macam - macam lagi. Tapi, kerjaya ini tetap ada gayanya yang tersendiri. Sayang untuk ditinggalkan. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah kurniakan. Cik N akan terus menyumbang keringat untuk kerjaya ini.

Terima kasih buat kawan. Sudi memahami keluh resah hati ini. Letih memikirkan sedangkan bukan kerja kita sebagai hambaNya untuk memikirkan tentang perjalanan hidup kita di masa hadapan. Kita hanya mampu berusaha yang terbaik. Jika dia tertulis, Alhamdulillah. Cik N terima takdirnya. Terima kasih buat Sue sebab membuka jalan biarpun jalan itu belum dimulai. Cik N masih menjaga batas pergaulan. Yang berlalu biarlah berlalu. Tidak mahu di ingat lagi. Tidak mahu di ulangi lagi. Biarpun orang kata, tidak mengapa perigi mencari timba tetapi, cik N tetap tidak mahu mengulangi. Cukup! cik N serahkan segalanya pada dia Sang Pencipta. Cik N ingin belajar menjadi bidadari syurga.
InsyaAllah. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen