Online Diary Kisah Gadis Bernama N: Stress..Tolong Bertenang

Tuesday, November 17, 2015

Stress..Tolong Bertenang

Pernah tak rasa, terlalu penat sangat berfikir. Terlampau sangat sampai rasa nak menjerit dan menangis. Hari ini cik N rasa begitu. Tak mampu nak menahan segalanya. Tetapi, cik N mengambil pendekatan untuk berdiam diri berbanding berkata - kata. Kelak ada yang terasa hati dan bermasam muka. Masalah baru pula akan timbul. Hari - hari cik N kini di office agak tertekan kerana cik N sedang pulun membuat kerja kerana merasakan masa semakin suntuk. Terlalu banyak yang perlu diuruskan dan difikirkan. Sehingga terasa sakit kepala dan tak mampu berfikir apa - apa. Terlalu penat dan terasa mual juga. 

Mungkin, masalah peribadi juga menjadi tokok tambah. Hati menahan kesakitan. Menahan untuk berdiam diri agar tidak menyakiti sesiapa. Biarkan hati ini yang terluka. Sedangkan cik N tidak tahu di mana punca. Cik N berserah pada Allah dan terima dengan hati yang terbuka. Jika ini jalan cerita hidup cik N yang tiada kesudahan. Cik N tidak sengaja menyakiti sesiapa. Kata-katanya membuat cik N tersentak, adakah cik N pernah menyakiti hati dan dirinya. Maaflah. Mungkin cik N tak sedar kalau ada yang mengguris hati. Ikhlas dari hati, maafkan diri ini.

Bebanan kerja yang terlalu berat hari ini juga faktor cik N jadi begini. Ingin menjerit rasanya. Kerja di office juga cik N bawa pulang. Sedang mencuba untuk menyiapkan kerana orang atasan sering berikan short notice untuk sesuatu tugas. Hari ini minta input, dateline esok. Kalaulah diberitahu awal tidak mengapa juga. Jika lambat beri maklum balas, selagi tu la tidak akan berhenti menghubungi. Tak cukup whatsapp, call juga. Serabutnya rasa! pernah juga terkadang rasa fed up. Tak nak buat. Cik N boleh memahami apa yang dirasai oleh bos cik N. Mungkin inilah punca beliau mahu resign awal dari yang sepatutnya. Ya Allah berilah kekuatan buat cik N dan permudahkanlah.

Sampai je rumah tadi, cik N terus mandi dengan membasahkan rambut. Agak lama juga. Selalunya akan mandi dengan water heater tapi hari ini cik N mandi dengan air sejuk biarpun kat luar tu hujan lebat. Panas rasanya kepala cik N ni. Alhamdulillah, sedikit sejuk dan sekarang cik N sedang meluahkan rasa di sini sambil mendengar zikir terapi Hafiz Hamidun. Semoga kembali tenang.
Terima kasih yea sudi menjadi tempat berkongsi rasa. 



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen