Assalamualaikum. Semoga semua insan sentiasa sihat selalu dan berada dalam rahmat sang Pencipta. Ini blog kedua buat gadis ini. Gadis ini tidak cantik. Tidak pula hodoh. Ciptaan Allah semuanya cantik belaka dan tiada cacat celanya. Gadis ini sedang berusaha untuk membina semangat baru yang sebelum ini hilang. Mencari dan terus mencari semangat kental kerana gadis ini semakin dewasa.
Hidup gadis ini sangat sederhana. Segalanya diusahakan dengan sendiri. Gadis ini nampak seperti gadis naif yang tidak tahu apa - apa dan orang di sekeliling boleh berbuat apa sahaja padanya. Tetapi gadis ini tetap mempunyai prinsip hidupnya sendiri yang membuat gadis ini nampak berdikari. Setiap orang mempunyai kisah silam yang hitam. Semestinya tidak mahu diingati. Begitu juga buat gadis ini. Pengalaman yang lepas mematangkan gadis ini. Andai kata masa dapat diputarkan semula, pasti tidak akan menjadi sia - sia. Itu kata andai, siapa pula kita yang mampu nak buat semua itu. Kita hanya hamba pada sang Pencipta.
Gadis ini ingin dikenali sebagai N. Boleh panggil gadis ini cik N. Gadis kecil yang hanya berketinggian 1.47m. Berkaca mata. Berkerja di sebuah organisasi Badan Berkanun di Bangi. Suka bertumit tinggi. Masih tinggal bersama keluarga sedangkan rakan sebayanya ramai yang telah berkeluarga sendiri. Jodoh itu kan rahsia sang Pencipta. Gadis ini tetap percaya akan ada sang putera yang mampu menambat hatinya dan membawa ke syurga. Putera yang menjadi imam buatnya dan zuriatnya. Biarpun masa itu sedikit lewat dari insan lain, pasti ada hikmah di sebaliknya. InsyaAllah.
Semoga kehidupan akan datang gadis ini lebih bermakna.
Iringi doa buat gadis ini.
Cik N.
Cik N.

0 comments:
Post a Comment