Dia mungkin menjadi sahabat. kawan. teman yang terbaik dalam hidup cik N. Adat berkawan di atas bumi Allah ini, kawan.teman.sahabat sering bertukar ganti. Sejak kita berada di awal kelahiran lagi kalau kita sendiri perasan dan bermuhasabah diri. Lihat saja, sejak kita masuk ke sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, zaman universiti sehingga sekarang di alam pekerjaan. Pelbagai jenis manusia yang boleh kita panggil kawan. Ada juga kawan yang kita panggil lawan. Hanya diri kita sendiri yang boleh nilaikan. Orang cakap, pencarian kawan sejati adalah sehingga kita jumpa jodoh kita yang diaturkan sebab kita akan menghabiskan seluruh hidup kita bersamanya. Alhamdulillah buat semua yang telah bertemu dengan sahabat paling sejati di dunia ini. Semoga kalian semua terus dirahmati.
Ada kawan yang sering bersama kita kerana dia sayangkan dan ikhlas bersama kita. Ada kawan yang teguh berdiri di belakang kita untuk menasihati agar terus kuat dan menjadi lebih baik. Ada juga kawan terus bersama kita demi menjaga kepentingan dan ada juga kawan terus berada di samping kita kerana ingin mengambil kesempatan. Ada juga kawan yang tikam belakang kita kerana niat jahat. Ingatlah mak pernah pesan, hati - hati dalam berkawan.
Kisah cik N bermula, dia seorang gadis kecil yang selalu tersenyum. Kami hanya bermula dengan senyuman pada setiap pagi tanpa bertegur. Perkara itu terus terjadi sehingga kami disatukan dalam satu kursus yang office cik N anjurkan di Genting Highlands pada tahun 2013. Barulah kami bertegur sapa. Dari detik itu, terjadi ikatan yang kukuh antara kami. Baik dan semakin baik. Sering bersama kala suka duka. Bertukar kisah. Mengata dan bergurau senda. Sedikit pun tak terasa hati. Malah lebih merapatkan. Alhamdulillah, kurniaan Allah atas sahabat.teman.kawan yang baik seperti awak.
Tetapi kepergian dia adalah lebih baik. Lebih membuatkan dia bahagia di samping suami dan anak - anak yang tersayang. Cik N di sini akan terus mendoakan yang terbaik buat awak. Semoga awak sentiasa berada di bawah rahmatNya. Biarpun di sini cik N terasa kehilangan. Sangat terasa! Bak orang putus cinta, rasanya. Cik N gagahkan demi melihat awak bahagia wahai teman.kawan.sahabat. Itu pun sudah cukup membahagiakan.
Terima kasih menjadi sahabat setia. Maaf jika ada keterlanjuran selama berkawan dengan awak. Halalkan segalanya. Tolong, jangan lupakan cik N. Biarpun kita kadang tidak berhubungan, tetapi sentiasa ada di hati.
Sekali lagi terima kasih buat awak, Umiey.
Yang ikhlas merinduimu, Cik N.

0 comments:
Post a Comment