Online Diary Kisah Gadis Bernama N: November 2015

Saturday, November 28, 2015

Karnival Sukan : Aerobikton

Hari ini dalam sejarah. Dan ntah kenapa cik N begitu excited nak join Karnival Sukan kat office cik N. Cik N pilih Aerobikton, Badminton dan Bola Jaring. Satu acara dah lepas dah. Aerobikton sebagai acara pembukaan untuk Karnival Sukan tahun ni. Sukan badminton dan bola jaring pulak cik N tak berapa nak pandai main tapi belasah je lah. Haha cik N dimasukkan ke dalam rumah sukan Hijau. 

Petang semalam, Aerobikton mula jam 3.30 petang. Acara tu disertai oleh 40 orang. Setiap rumah sukan ada 10 orang ahli untuk acara Aerobikton ni dan mesti ada seorang wakil lelaki. Penganjur letak 4 kotak dan setiap ahli perlu berada di petak masing-masing. Ahli tidak boleh keluar daripada petak masing-masing semasa ber-aerobik. Nasib baik cik N berada di tengah-tengah. Sebelah cik N plak adalah wakil lelaki dan cik N tak sangka lelaki itu yang jadi wakil. Haha pandai jugak dia ber-aerobik.  Setiap ahli kumpulan perlu bergerak ke satu kotak ke kotak setelah tamat satu sesi. Setiap sesi diwakili oleh setiap wellness trainer yang berbeza dan gerak yang berbeza. 1 jam 30 minit ber-aerobik. Memang lencun bermandi peluh. 

Pemarkahan pula pengadil menilai keseragaman dan suara ahli kumpulan. Kalau dilihat setiap sesi, kumpulan cik N banyak yang seragam cuma tak ada suara. Haha masing-masing fokus. Sesekali je bersuara. Itu pun bila ketua kumpulan menjerit tak sama. Cik N beruntung sebab dalam kumpulan tu ramai yang dah biasa join aerobik tiap-tiap petang jumaat. Cik N je yang dah lama tak join. InsyaAllah lepas ni nak join lah. 

Alhamdulillah. Dengan kerjasama ahli kumpulan, rumah Hijau telah berjaya menjadi Naib Juara dan mengumpul 6 mata untuk rumah Hijau dalam acara Aerobikton. Ahli kumpulan pula dihadiahkan RM60.00 seorang.

Tahniah cik N kerana berjaya mencabar diri.
Terus tingkatkan stamina. 


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, November 26, 2015

26 on 26. Alhamdulillah.

Alhamdulillah. Cik N bersyukur atas kurniaan Allah kerana 26 tahun telah diberikan kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini. Tetapi cik N masih lagi merasakan tidak cukup untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang hambaNya. Terlalu banyak dosa yang telah dilakukan. Dan cik N tak pasti adakah ibadah yang dilakukan sehingga hari ini telah cukup atau tidak. Cik N yakin, Allah maha menerima taubat. Bertaubatlah selagi ada masa.

Terima kasih diucapkan kepada mak dan ayah kerana telah melahirkan dan membesarkan cik N. Tak mampu rasanya nak balas jasa mereka. Cik N akan selalu mendoakan kesejahteraan buat mereka. 

Terima kasih buat adik-adik yang selalu ada. Walaupun selalu gaduh. Selalu tidak sependapat tetapi tetap di hati. Jangan dileraikan ikatan ini. Semoga terus tetap utuh. 

Terima kasih juga buat kawan.sahabat.teman yang mengucapkan selamat dan doa kalian. Terima kasih atas ingatan dan selalu ada di sisi yang merasakan kehadiran diri ini diperlukan. Semoga terus ada disisi. 

Selamat Hari Lahir buat cik N yang ke-26
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Semoga cepat dapat jodoh yang baik.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, November 25, 2015

Kejadian Itu

Hari ni cik N dikejutkan dengan berita tidak baik di pagi hari. Setelah cik N berbunga riang hatinya di JPJ, Bangi untuk renew lesen pagi tadi. Abang JPJ kat kaunter tu wish birthday kat cik N. Haha so sweet! Officemate cik N kemalangan semasa dalam perjalanan ke office. Allahuakhbar. Semoga diberi ketabahan dan kekuatan buat dia. Sehingga ke waktu malam ini, officemate cik N masih di wad kecemasan. Kata abang saudaranya, result xray mengatakan kepala officemate cik N tu pecah. Berat dugaannya. Cik N yang mendengarnya pun terasa beratnya apatah lagi yang menanggungnya. Sabar yea adik, ada hikmahnya Allah uji. Adik beruntung, Allah uji adik. 

Cik N datang melawat dia tengah hari tadi biarpun hanya seorang pelawat sahaja dibenarkan masuk. Alhamdulillah, dengar suara dia bercakap buat cik N rasa lega. 

Kejadian itu menyentak sanubari cik N. Terasa sesuatu dalam hati ini. Tak dapat nak digambarkan perasaannya. Sedih, pilu, hiba. Rasa macam nak menangis je. Cik N merasakan hebatnya kuasa Allah. Kita insan yang lemah ni tak mampu nak buat apa-apa. Jika Allah kata jadi, maka jadilah. Semua datang dari Allah. Nikmat sihat, nikmat berjalan, nikmat makan dan segala nikmat yang Allah kurniakan. Semua milik Allah, satu pun tiada milik kita. 

Ampunilah dosa ini. Terlalu banyak dosa yang dilakukan. Terimalah taubat ini. Berilah peluang untuk menjadi ahli syurgaMu biarpun tidak selayaknya. Biarlah kekuatan dan ketabahan untuk melalui ujianMu. 

Doakan kesihatan officemate cik N. 
Semoga sihat seperti selalu.
Aaminn. 



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, November 17, 2015

Stress..Tolong Bertenang

Pernah tak rasa, terlalu penat sangat berfikir. Terlampau sangat sampai rasa nak menjerit dan menangis. Hari ini cik N rasa begitu. Tak mampu nak menahan segalanya. Tetapi, cik N mengambil pendekatan untuk berdiam diri berbanding berkata - kata. Kelak ada yang terasa hati dan bermasam muka. Masalah baru pula akan timbul. Hari - hari cik N kini di office agak tertekan kerana cik N sedang pulun membuat kerja kerana merasakan masa semakin suntuk. Terlalu banyak yang perlu diuruskan dan difikirkan. Sehingga terasa sakit kepala dan tak mampu berfikir apa - apa. Terlalu penat dan terasa mual juga. 

Mungkin, masalah peribadi juga menjadi tokok tambah. Hati menahan kesakitan. Menahan untuk berdiam diri agar tidak menyakiti sesiapa. Biarkan hati ini yang terluka. Sedangkan cik N tidak tahu di mana punca. Cik N berserah pada Allah dan terima dengan hati yang terbuka. Jika ini jalan cerita hidup cik N yang tiada kesudahan. Cik N tidak sengaja menyakiti sesiapa. Kata-katanya membuat cik N tersentak, adakah cik N pernah menyakiti hati dan dirinya. Maaflah. Mungkin cik N tak sedar kalau ada yang mengguris hati. Ikhlas dari hati, maafkan diri ini.

Bebanan kerja yang terlalu berat hari ini juga faktor cik N jadi begini. Ingin menjerit rasanya. Kerja di office juga cik N bawa pulang. Sedang mencuba untuk menyiapkan kerana orang atasan sering berikan short notice untuk sesuatu tugas. Hari ini minta input, dateline esok. Kalaulah diberitahu awal tidak mengapa juga. Jika lambat beri maklum balas, selagi tu la tidak akan berhenti menghubungi. Tak cukup whatsapp, call juga. Serabutnya rasa! pernah juga terkadang rasa fed up. Tak nak buat. Cik N boleh memahami apa yang dirasai oleh bos cik N. Mungkin inilah punca beliau mahu resign awal dari yang sepatutnya. Ya Allah berilah kekuatan buat cik N dan permudahkanlah.

Sampai je rumah tadi, cik N terus mandi dengan membasahkan rambut. Agak lama juga. Selalunya akan mandi dengan water heater tapi hari ini cik N mandi dengan air sejuk biarpun kat luar tu hujan lebat. Panas rasanya kepala cik N ni. Alhamdulillah, sedikit sejuk dan sekarang cik N sedang meluahkan rasa di sini sambil mendengar zikir terapi Hafiz Hamidun. Semoga kembali tenang.
Terima kasih yea sudi menjadi tempat berkongsi rasa. 



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, November 16, 2015

Kawan. Teman. Sahabat

Dia mungkin menjadi sahabat. kawan. teman yang terbaik dalam hidup cik N. Adat berkawan di atas bumi Allah ini, kawan.teman.sahabat sering bertukar ganti. Sejak kita berada di awal kelahiran lagi kalau kita sendiri perasan dan bermuhasabah diri. Lihat saja, sejak kita masuk ke sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, zaman universiti sehingga sekarang di alam pekerjaan. Pelbagai jenis manusia yang boleh kita panggil kawan. Ada juga kawan yang kita panggil lawan. Hanya diri kita sendiri yang boleh nilaikan. Orang cakap, pencarian kawan sejati adalah sehingga kita jumpa jodoh kita yang diaturkan sebab kita akan menghabiskan seluruh hidup kita bersamanya. Alhamdulillah buat semua yang telah bertemu dengan sahabat paling sejati di dunia ini. Semoga kalian semua terus dirahmati. 

Ada kawan yang sering bersama kita kerana dia sayangkan dan ikhlas bersama kita. Ada kawan yang teguh berdiri di belakang kita untuk menasihati agar terus kuat dan menjadi lebih baik. Ada juga kawan terus bersama kita demi menjaga kepentingan dan ada juga kawan terus berada di samping kita kerana ingin mengambil kesempatan. Ada juga kawan yang tikam belakang kita kerana niat jahat. Ingatlah mak pernah pesan, hati - hati dalam berkawan. 

Kisah cik N bermula, dia seorang gadis kecil yang selalu tersenyum. Kami hanya bermula dengan senyuman pada setiap pagi tanpa bertegur. Perkara itu terus terjadi sehingga kami disatukan dalam satu kursus yang office cik N anjurkan di Genting Highlands pada tahun 2013. Barulah kami bertegur sapa. Dari detik itu, terjadi ikatan yang kukuh antara kami. Baik dan semakin baik. Sering bersama kala suka duka. Bertukar kisah. Mengata dan bergurau senda. Sedikit pun tak terasa hati. Malah lebih merapatkan. Alhamdulillah, kurniaan Allah atas sahabat.teman.kawan yang baik seperti awak. 

Tetapi kepergian dia adalah lebih baik. Lebih membuatkan dia bahagia di samping suami dan anak - anak yang tersayang. Cik N di sini akan terus mendoakan yang terbaik buat awak. Semoga awak sentiasa berada di bawah rahmatNya. Biarpun di sini cik N terasa kehilangan. Sangat terasa! Bak orang putus cinta, rasanya. Cik N gagahkan demi melihat awak bahagia wahai teman.kawan.sahabat. Itu pun sudah cukup membahagiakan. 

Terima kasih menjadi sahabat setia. Maaf jika ada keterlanjuran selama berkawan dengan awak. Halalkan segalanya. Tolong, jangan lupakan cik N. Biarpun kita kadang tidak berhubungan, tetapi sentiasa ada di hati. 

Sekali lagi terima kasih buat awak, Umiey.
Yang ikhlas merinduimu, Cik N.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, November 12, 2015

Apa Yang Awak Rasa ?

Kalau hari kerja kan, cik N tak dapat nak update blog. Balik kerja je mesti penat yang amat. Dengan traffic jammed lagi. Malam je, lepas isyak terus terlena. Hmm macam mana lah nanti kalau cik N dah berumah tangga. Alamatnya, tak makan lah husband kesayangan cik N haha. hmm kerja kat office tak lah banyak sangat. Cuma cik N terfikir kalau cik N tinggalkan office tu nanti, kena pastikan semua kerja beres. Tak ada yang terbengkalai. Kesian orang yang menanggung tugas tu nanti. Kita pergi dengan nama yang baik. Pasti diingati. So, cik N tengah pulun buat kerja semua sampai rasa macam tak cukup je waktu kerja yang 8 jam tu.

Hari ini, adik cik N cerita dengan cik N sesampainya cik N kat rumah tadi. Katanya, ayah dah start tanya - tanya dengan kawan baik dia yang mana ada anak lelaki bujang. Habislah cik N. Ayah dah nak cari calon tu. haha tapi, orang cakap pilihan keluarga ni selalunya yang terbaik. Doakan yang baik - baik buat cik N yea. 

Cerita tentang jodoh ni memang sangat payah kan. Susah nak cakap. Tapi, cik N percaya ada yang terbaik buat cik N nanti. Sabar menanti putera kan datang. Bawa senyuman yang tiada henti. Pimpin ke syurga. InsyaAllah.

Tadi dengan secara tak sengaja, cik N scroll down senarai dalam whatsapp cik N. cik N ternampak satu gambar profil yang dulunya pernah cik N kagumi dan berada di hati cik N. Gambar berdua bersama isteri tercinta. Nampak sepadan bagai di pinang belah dua. Alhamdulillah. cik N doakan yang terbaik buat awak. Tahu tak apa yang cik N rasa? Sakit sebenarnya. Sakit sangat. Cik N, please stay positive. Dia bukan jodoh yang terbaik buat cik N. Begitu juga dengan lelaki yang cik N admire dalam diam; ND. Lupakanlah. Pasti ada yang lebih menghargai. 

Hari yang mendatang, diharap cik N akan terus tabah. Terus berdoa agar diberi ketenangan dan kesabaran. Dipermudahkan daripada kesulitan. Diberi kesihatan yang baik. Diberi kekuatan untuk mengharungi segalanya. Aaminn


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, November 10, 2015

While Waiting

Saat ini, cik N menunggu banyak perkara dalam hidupnya. Tak tahu bagaimana nak ceritakan, menunggu perkara yang pasti atau tidak pasti. Yang pasti, Allah pasti bersama hambaNya. Setiap yang dirancangkan oleh Allah itu pasti yang terbaik. Kita sebagai pelakon di atas bumi ini perlu menjalankan tanggungjawab yang di amanah. Jika terlupa dan terleka, cepatlah tersedar. Masih belum terlambat untuk bangkit semula menuju ke jalan yang lurus, menuju sang Pencipta. Taubat!

Hari ini hari cuti umum. Happy Diwali buat semua yang merayakan. Cik N berehat kat rumah sahaja hari ini dan membantu mak dalam menguruskan perihal rumah. Masa yang ada digunakan sebaiknya. Ini lah masa yang ada bersama keluarga biarpun kita tengok tidaklah sebesar mana tetapi bila bersendirian pasti merindui. Percayalah! Orang cakap, yang dekat ni memang busuk, yang jauh tu wangi. Jadi, bersabarlah. Sekurangnya, mereka yang tersayang ada di depan mata. Hargailah mereka. 

Masa depan yang tidak pasti difikirkan oleh cik N hari ini. Menunggu surat perkhabaran gembira yang masih belum tiba. Menunggu dengan penuh sabar. Semoga yang baik - baik sahaja. Cik N akan gagahi biarpun sukar. Demi sebuah kebahagiaan di masa akan datang. Kerjaya kini cukup selesa sehingga buat cik N takut untuk berubah. Kerjaya kini yang dulunya cik N fikirkan sangat memerlukan profesional dan pandai berinteraksi dengan orang. Benar kata mak dulu, kerjaya yang cik N pilih hari ini memerlukan kita memahami karakter orang yang pelbagai, mengawal setiap emosi yang terjadi, menjadi pemampan bila dimarah, dimaki dan diherdik, sering tersepit dalam dua keadaan dan macam - macam lagi. Tapi, kerjaya ini tetap ada gayanya yang tersendiri. Sayang untuk ditinggalkan. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah kurniakan. Cik N akan terus menyumbang keringat untuk kerjaya ini.

Terima kasih buat kawan. Sudi memahami keluh resah hati ini. Letih memikirkan sedangkan bukan kerja kita sebagai hambaNya untuk memikirkan tentang perjalanan hidup kita di masa hadapan. Kita hanya mampu berusaha yang terbaik. Jika dia tertulis, Alhamdulillah. Cik N terima takdirnya. Terima kasih buat Sue sebab membuka jalan biarpun jalan itu belum dimulai. Cik N masih menjaga batas pergaulan. Yang berlalu biarlah berlalu. Tidak mahu di ingat lagi. Tidak mahu di ulangi lagi. Biarpun orang kata, tidak mengapa perigi mencari timba tetapi, cik N tetap tidak mahu mengulangi. Cukup! cik N serahkan segalanya pada dia Sang Pencipta. Cik N ingin belajar menjadi bidadari syurga.
InsyaAllah. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, November 9, 2015

Gadis Ini

Assalamualaikum. Semoga semua insan sentiasa sihat selalu dan berada dalam rahmat sang Pencipta. Ini blog kedua buat gadis ini. Gadis ini tidak cantik. Tidak pula hodoh. Ciptaan Allah semuanya cantik belaka dan tiada cacat celanya. Gadis ini sedang berusaha untuk membina semangat baru yang sebelum ini hilang. Mencari dan terus mencari semangat kental kerana gadis ini semakin dewasa. 

Hidup gadis ini sangat sederhana. Segalanya diusahakan dengan sendiri. Gadis ini nampak seperti gadis naif yang tidak tahu apa - apa dan orang di sekeliling boleh berbuat apa sahaja padanya. Tetapi gadis ini tetap mempunyai prinsip hidupnya sendiri yang membuat gadis ini nampak berdikari. Setiap orang mempunyai kisah silam yang hitam. Semestinya tidak mahu diingati. Begitu juga buat gadis ini. Pengalaman yang lepas mematangkan gadis ini. Andai kata masa dapat diputarkan semula, pasti tidak akan menjadi sia - sia. Itu kata andai, siapa pula kita yang mampu nak buat semua itu. Kita hanya hamba pada sang Pencipta. 

Gadis ini ingin dikenali sebagai N. Boleh panggil gadis ini cik N. Gadis kecil yang hanya berketinggian 1.47m. Berkaca mata. Berkerja di sebuah organisasi Badan Berkanun di Bangi. Suka bertumit tinggi. Masih tinggal bersama keluarga sedangkan rakan sebayanya ramai yang telah berkeluarga sendiri. Jodoh itu kan rahsia sang Pencipta. Gadis ini tetap percaya akan ada sang putera yang mampu menambat hatinya dan membawa ke syurga. Putera yang menjadi imam buatnya dan zuriatnya. Biarpun masa itu sedikit lewat dari insan lain, pasti ada hikmah di sebaliknya. InsyaAllah.

Semoga kehidupan akan datang gadis ini lebih bermakna. 
Iringi doa buat gadis ini.
Cik N.




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen