Online Diary Kisah Gadis Bernama N: Farewell Part 5

Wednesday, February 3, 2016

Farewell Part 5

1 Februari 2016. cik N harap hari ini adalah hari yang terakhir cik N akan diraikan. cik N ade date dengan Pn Sazilah. Dia merupakan mak kepada salah seorang staff kat office cik N. cik N pun baru kenal anak lelaki dia. cik N tak tahu pun dia ada anak kat office ni haha ! kami berdua pun dating kat Paramount Coffee House. Borak - borak dan acara wajib bergambar. cik N ajak sekali anak lelaki dia tetapi katanya ada jamuan kat office dia. So, tak dapat ikut, tak pe lah mungkin next time jika ada rezeki. 

Pn Sazilah; cik N dah anggap macam kawan, macam sahabat, macam kakak dan macam mak. Sampaikan ada orang cakap - cakap cik N rapat ngan mak mentua. cik N tak de niat pun. cuma cik N selesa bersama beliau. Birthday kami pun sama. Beliau banyak ajar cik N macam mana cara kerja seorang setiausaha yang baik, ajar cik N tentang kehidupan. Bebel dah macam mak dah. tapi, cik N suka. suka sangat! siap berdoa moga mak mentua cik N seperti Pn Sazilah yang baik hati. hihi

Hari ini juga cik N serahkan semua kad yang perlu diserahkan kepada HR. Cik N masih lagi jumpa kawan - kawan yang belum sempat cik N jumpa. Terima kasih buat kak Zita dan kak Asrani atas bear yang comel. Terima kasih buat Acap sebab bagi cik N kek walaupun cik N baru pertama kali cakap ngan awak. Tak lupa kepada kak Ija, sebab bagi cik N perfume daripada Mekah. Cik N jumpa semua orang yang cik N rapat kat HR. boleh dikatakan dengan semua orang cik N rapat. cik N salam cium semua. Setiap orang cik N jumpa yang memeluk erat cik N membuatkan cik N sebak. Begitu sayangnya mereka pada cik N. cik N terasa seperti tidak mahu berpisah dengan mereka. Sempat juga kak Ziton beri nasihat dalam perhubungan sesama pekerja. Jaga diri masa training dan macam - macam lagi. dan yang paling sedih bila dengan Pn Norleza yang cik N memang panggil mak. Kalau cik N cakap dia mak cik N pun semua orang boleh percaya. sebab, muka kami ada iras haha!. cik N memang rapat dengan beliau. segala masalah dan berita gembira mesti cik N ceritakan pada dia. Terima kasih buat semua nasihat. cik N akan ingat.

cik N dah bercadang nak join Majlis Penutupan Karnival Sukan. Acara yang terakhir adalah bola sepak. Sudah pasti cik N nak turun tengok. Sebabnya kenapa, rahsia! tunggu next update yea haha. cik N ada juga misi yang harus disempurnakan pada hari ini. cik N nak story kat next page. Kita story dulu tentang karnival sukan ni; Karnival Sukan berakhir dengan kemenangan rumah sukan cik N, rumah Hijau! Alhamdulillah. Usaha semua pemain berbaloi. Tapi sayang, cik N tak dapat join majlis meraikan kemenangan tu nanti, hadiahnya RM1,000. Tahniah buat awak semua !

Terima kasih buat semua warga jabatan cik N yang meninggalkan memori yang terindah dalam hidup cik N. Terima kasih kerana memberi kerjasama buat cik N. Maaf jika ada salah dan silap sepanjang bekerja di sana. Halalkan pengalaman yang telah cik N kutip. Semoga semua terus di rahmatiNya. Aamiin.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen