Ini kali pertama dalam hidup cik N diraikan berulangkali. Sangat terharu dan berterima kasih buat semua. Farewell seterusnya pada 29 Januari 2016. Dalam seminggu, tiga hari berturut - turut cik N diraikan, Alhamdulillah. Semoga kalian semua dimurahkan rezeki.
Hari jumaat tu, farewell cik N bersama semua gadis - gadis CoP. Kami menubuhkan Puspanita CoP haha! Semua terdiri daripada kaum ibu dan kami yang bujang ni. Mereka buat farewell cik N kat Rasa Utara IOI City Mall, Putrajaya. padahal cik N dah start cuti dah. okayy cik N gagahkan diri demi mereka yang dah bersusah payah.
Sampai je di sana, kami makan dan berborak. Aktiviti wajib bergambar. Haha! kali ini memang sedih. Sebab dengan semua orang cik N rapat. Balik je rumah cik N banjir dengan air mata. Lagi - lagi baca kad ucapan mereka. Ya Allah, pelihara lah persahabatan kami.
Terima kasih buat kak Ana, kak Jackie dan kak Zira atas shawl, baju dan kad ucapan yang berjaya buat cik N bengkak mata. Terima kasih buat kak Mira, kak Nida dan Fathiah atas dress yang cantik dan kad ucapan yang buat cik N rindu nanti. Buat kak Fifi, Izyan dan Ummi terima kasih atas shawl Naelofar yang cik N nak beli sangat tu. Terima kasih semua. Semoga kalian sentiasa di bawah rahmatNya.
cik N dah start jumpa kawan - kawan yang rapat bermula hari rabu lagi. Ada yang terkejut dan ada yang sedih bila dengar berita cik N nak resign. Doakan cik N yea. huhu terima kasih buat kak Madiha atas shawl yang cantik. Semoga perniagaan kak Madiha bertambah maju. Terima kasih juga buat kak Maria atas pemberian shawl yang dah lama cik N belek tapi tak beli - beli. haha! Semoga kak Maria selamat bersalin nanti.
cik N akan merindui semua.
Terima kasih sebab sudi nak berkawan dengan cik N.

0 comments:
Post a Comment