Online Diary Kisah Gadis Bernama N: 2016

Wednesday, February 3, 2016

Counting Days

Counting Days. I am so nervous! tinggal 6 hari je lagi cik N akan berada di rumah. Lepas ni pasti hidup cik N berubah. cik N menerima tawaran lantikan tetap di Jabatan Kastam Diraja Malaysia. cik N akan mula latihan mulai 10 Februari sampai 1 April 2016. Biarpun hanya 53 hari tapi cik dapat rasakan ia sangat mencabar diri cik N ni. Cik N ni dah lah macam puteri lilin. Takpe lah, cik N gagahkan jua demi masa depan yang lebih baik. Mungkin rezeki cik N kat sana nanti. Doakan yang terbaik yea buat cik N. 

yang paling buat cik N nervous adalah penempatan selepas latihan tu. ntah mana la cik N akan ditempatkan. Mereka maklumkan yang mana bujang dia akan hantar jauh - jauh. Kalau setakat johor cik N okayy lagi. haha kalau sabah dan sarawak. hmm terima sahaja la yea. dah menerima tugas berkhidmat untuk negara ni hihi kalau nak dekat, dia akan utamakan orang yang dah ada family hmm cik N calon pun tak ade lagi, macam mana laa nak ada family sendiri.

Doakan yang terbaik buat cik N,
nanti cik N story life training kat sana.
Tunggu tau ! hihi

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tanda Ingatan Hati

cik N tidak sengaja tercerita pada seorang kakak yang cik N rapat juga. dan cik N tahu juga dia rapat dengan crush cik N sekarang ni. cik N tidak pasti bagaimana cik N boleh tersuka tanpa sengaja pada lelaki itu. Sedangkan cik N tak pernah pun cakap dengan dia. Tapi yang pasti, mula - mula cik N sedar cik N dah falling in love cik N terus cakap ngan ayah cik N untuk merisik lelaki itu. haha ! mesti ayah cik N pelik anak dia tetiba bercakap tentang lelaki. Ntah, cik N rasa dia terlalu istimewa. cik N tak nak kehilangan orang yang istimewa. cik N lihat dia seperti lelaki biasa tapi cik N nampak dia sangat istimewa. cik N mula nampak dia pada awal tahun 2015 sedangkan dia dah bertahun dah kerja sama - sama tapi cik N tak pernah nak perasan. jawapan ayah cik N; dia suruh cik N tegur dan risik sendiri. hmm dah macam mana nak tegur. bukannya cik N satu office dan satu bahagian. Tak ada kena mengena. Buntu cik N waktu tu haha!

cik N pernah tegur dia dalam Messenger kat FB. Selepas kali pertama dia senyum dengan cik N. cik N berani kan diri untuk tegur. Mula - mula okayy, lama - lama cik N rasa cik N je yang macam terhegeh. dia macam tak heran pun. so, cik N stop dan mula jauhkan hati ini dan sedarkan diri tidak sepadan dengan dia yang sangat baik dan sempurna. cik N cuba nak hentikan perasaan ini tapi tak boleh. pelik betul ! hmm geram je rasa hati ni.

cik N ceritakan semua pada kakak tu, tak tahu dari mana datangnya keberanian cik N nak meluahkan segalanya. pada mulanya cik N hanya datang nak ucap selamat jalan buat kali terakhir pada kakak tu. tapi, bila dah start berborak hmm sampailah tercerita lepas cik N terdengar sekumpulan lelaki di office dia mengusik cik N dan mengaitkan dengan lelaki itu. Mulanya, cik N ingat nak bagi something buat tanda ingatan kepada lelaki itu. Tanda yang cik N pernah jatuh cinta tanpa sengaja. Konon nak buat delivery coklat bagai tapi kan mahal dan tak tahu berbaloi tak. Benda ni cik N dah fikirkan mula - mula cik N dapat tahu cik dapat lantikan tetap. Fikir punya fikir hmm lama juga dekat sebulan dan buat keputusan tak jadi nak bagi. Sebab dah tahu, dia mesti tak terima tanda ingatan tu. Tapi, lepas cik N story, kakak tu willing nak sampaikan tanda ingatan kepada crush cik N tu.  Mana lah tahu, hati dia terbuka nak terima tanda ingatan cik N. Alhamdulillah. sampai juga hajat cik N.

cik N beli jam tangan buat dia. mulanya cik N give up, sebab tak ada jam tangan yang cik N berkenan. Adik - adik cik N bagi semangat supaya cik N tak mengalah dan cari sampai jumpa. haha kelakar je. Ada sepasang jam tangan cik N dapat beli. satu untuk dia dan satu untuk cik N. hmm berdebar jugak nak bagi. kakak yang nak tolong cik N tu pun berdebar. Mana tahu hati lelaki itu boleh dilembutkan. cik N tak letak kan harapan begitu tinggi dan cukup sekadar berada di ingatan dia. cik N tahu cik N bukan lah orang yang layak untuk dia pilih sejak cik N dah pernah rasa down dengan dia sebelum ni. so, cik N tak nak letak harapan tinggi - tinggi. cik N serahkan segalanya pada Sang Pencipta. Kalau lelaki itu menolak, cik N doakan yang terbaik buat dia dan kalau dia terima sebagai kawan pun cik N tak kisah. cik N bersyukur. Tapi kalau hati dia terbuka untuk lebih dari seorang kawan, cik N akan menjaga sepenuh hati cik N sebab dia terlalu istimewa dan sempurna. 

Nervous cik N nak tunggu respon daripada dia. Apa pun cik N terima. Even dia nak pulang balik tanda ingatan itu pun cik N terima. sebab cik N dah usaha sebaik mungkin selain berdoa pada Dia. Semoga yang baik - baik sahaja. Haa kan cik N dah janji nak story kenapa cik N nak join Majlis Penutupan Karnival Sukan tu, sebabnya cik N nak tengok dia lah !. Semua acara yang melibatkan dia cik N turun bagi support. Tak tahu lah dia perasan ke tak. cik N ikhlas. Lagipun, itulah mungkin kali terakhir cik N boleh melihat dia walaupun dari jauh. At least cik N tak rasa ralat sebab tak usaha dan hanya menunggu sahaja. cik N dah usaha sehingga yang terakhir kalinya. yang lain cik N serahkan pada takdir. 

kepada awak, ND
Terima kasih sebab meninggalkan memori
Meninggalkan tanda di hati
Biarpun belum tahu bagaimana hati awak
Semoga awak baik - baik sahaja
Semoga awak terus kuat dan tabah
Jaga diri yea. 
Awak sentiasa dalam ingatan
Kalau awak meminta untuk saya tunggu
Saya akan tunggu hati awak






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Farewell Part 5

1 Februari 2016. cik N harap hari ini adalah hari yang terakhir cik N akan diraikan. cik N ade date dengan Pn Sazilah. Dia merupakan mak kepada salah seorang staff kat office cik N. cik N pun baru kenal anak lelaki dia. cik N tak tahu pun dia ada anak kat office ni haha ! kami berdua pun dating kat Paramount Coffee House. Borak - borak dan acara wajib bergambar. cik N ajak sekali anak lelaki dia tetapi katanya ada jamuan kat office dia. So, tak dapat ikut, tak pe lah mungkin next time jika ada rezeki. 

Pn Sazilah; cik N dah anggap macam kawan, macam sahabat, macam kakak dan macam mak. Sampaikan ada orang cakap - cakap cik N rapat ngan mak mentua. cik N tak de niat pun. cuma cik N selesa bersama beliau. Birthday kami pun sama. Beliau banyak ajar cik N macam mana cara kerja seorang setiausaha yang baik, ajar cik N tentang kehidupan. Bebel dah macam mak dah. tapi, cik N suka. suka sangat! siap berdoa moga mak mentua cik N seperti Pn Sazilah yang baik hati. hihi

Hari ini juga cik N serahkan semua kad yang perlu diserahkan kepada HR. Cik N masih lagi jumpa kawan - kawan yang belum sempat cik N jumpa. Terima kasih buat kak Zita dan kak Asrani atas bear yang comel. Terima kasih buat Acap sebab bagi cik N kek walaupun cik N baru pertama kali cakap ngan awak. Tak lupa kepada kak Ija, sebab bagi cik N perfume daripada Mekah. Cik N jumpa semua orang yang cik N rapat kat HR. boleh dikatakan dengan semua orang cik N rapat. cik N salam cium semua. Setiap orang cik N jumpa yang memeluk erat cik N membuatkan cik N sebak. Begitu sayangnya mereka pada cik N. cik N terasa seperti tidak mahu berpisah dengan mereka. Sempat juga kak Ziton beri nasihat dalam perhubungan sesama pekerja. Jaga diri masa training dan macam - macam lagi. dan yang paling sedih bila dengan Pn Norleza yang cik N memang panggil mak. Kalau cik N cakap dia mak cik N pun semua orang boleh percaya. sebab, muka kami ada iras haha!. cik N memang rapat dengan beliau. segala masalah dan berita gembira mesti cik N ceritakan pada dia. Terima kasih buat semua nasihat. cik N akan ingat.

cik N dah bercadang nak join Majlis Penutupan Karnival Sukan. Acara yang terakhir adalah bola sepak. Sudah pasti cik N nak turun tengok. Sebabnya kenapa, rahsia! tunggu next update yea haha. cik N ada juga misi yang harus disempurnakan pada hari ini. cik N nak story kat next page. Kita story dulu tentang karnival sukan ni; Karnival Sukan berakhir dengan kemenangan rumah sukan cik N, rumah Hijau! Alhamdulillah. Usaha semua pemain berbaloi. Tapi sayang, cik N tak dapat join majlis meraikan kemenangan tu nanti, hadiahnya RM1,000. Tahniah buat awak semua !

Terima kasih buat semua warga jabatan cik N yang meninggalkan memori yang terindah dalam hidup cik N. Terima kasih kerana memberi kerjasama buat cik N. Maaf jika ada salah dan silap sepanjang bekerja di sana. Halalkan pengalaman yang telah cik N kutip. Semoga semua terus di rahmatiNya. Aamiin.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Farewell Part 4

Ini kali pertama dalam hidup cik N diraikan berulangkali. Sangat terharu dan berterima kasih buat semua. Farewell seterusnya pada 29 Januari 2016. Dalam seminggu, tiga hari berturut - turut cik N diraikan, Alhamdulillah. Semoga kalian semua dimurahkan rezeki. 

Hari jumaat tu, farewell cik N bersama semua gadis - gadis CoP. Kami menubuhkan Puspanita CoP haha! Semua terdiri daripada kaum ibu dan kami yang bujang ni. Mereka buat farewell cik N kat Rasa Utara IOI City Mall, Putrajaya. padahal cik N dah start cuti dah. okayy cik N gagahkan diri demi mereka yang dah bersusah payah. 

Sampai je di sana, kami makan dan berborak. Aktiviti wajib bergambar. Haha! kali ini memang sedih. Sebab dengan semua orang cik N rapat. Balik je rumah cik N banjir dengan air mata. Lagi - lagi baca kad ucapan mereka. Ya Allah, pelihara lah persahabatan kami. 

Terima kasih buat kak Ana, kak Jackie dan kak Zira atas shawl, baju dan kad ucapan yang berjaya buat cik N bengkak mata. Terima kasih buat kak Mira, kak Nida dan Fathiah atas dress yang cantik dan kad ucapan yang buat cik N rindu nanti. Buat kak Fifi, Izyan dan Ummi terima kasih atas shawl Naelofar yang cik N nak beli sangat tu. Terima kasih semua. Semoga kalian sentiasa di bawah rahmatNya.

cik N dah start jumpa kawan - kawan yang rapat bermula hari rabu lagi. Ada yang terkejut dan ada yang sedih bila dengar berita cik N nak resign. Doakan cik N yea. huhu terima kasih buat kak Madiha atas shawl yang cantik. Semoga perniagaan kak Madiha bertambah maju. Terima kasih juga buat kak Maria atas pemberian shawl yang dah lama cik N belek tapi tak beli - beli. haha! Semoga kak Maria selamat bersalin nanti.

cik N akan merindui semua.
Terima kasih sebab sudi nak berkawan dengan cik N.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Farewell Part 3

Kemalasan melanda cik N dalam minggu ni. Terasa malas sangat nak buka laptop. Nak update story dalam blog kesayangan ni, nak update guna phone pun asyik hang je. Lupakan je lah niat di hati tu. So, malam ni ehh malam ke ni dah tengah pagi kot. jam menunjukkan jam 2.00 pagi. Cik N masih lagi belum melelapkan mata. hmm lepas siap kerja ayah cik N ni terus je gunakan khidmat encik google untuk bukan website blogspot.

Ya Allah, banyak nye nak story. Tapi cik N update sikit - sikit dulu yea. haha haraplah bersabar. Cerita cik N nak mula dah ni haha. Tarikh 28 Januari 2016 merupakan hari terakhir cik N kerja sebelum bercuti panjang dan meletak jawatan di office cik N ni. Boss cik N yang juga merupakan penasihat unit belanja farewell cik N; lunch buffet di Hotel Residence, Uniten. Cik N dah pesan awal - awal dah, kalau nak buat farewell cik N jangan pergi tempat mahal. Tempat biasa je pun dah okay, kalau tak buat pun takpe. Cik N ni bukan sesiapa pun. hmm cuma pekerja biasa je. Cik N tak nak menyusahkan sesiapa.

Tapi, boss cik N tu nak jugak belanja kat hotel tu, hmm terpulanglah. Masa tu, ramai juga officer yang tak outstation. Semua sekali lebih kurang 20 orang dan harga buffet RM42 seorang. Cik N nak ucapkan setinggi terima kasih atas penghargaan yang dibuat. Sangat menghargainya!

Cik N nak minta maaf pada semua jika ada keterlanjuran sepanjang bekerja di office ni. Terima kasih atas tunjuk ajar. Halalkan ilmu dan pengalaman yang telah dikutip dan halalkan jika ada terkurang terlebih sepanjang cik N bekerja. Cik N akan kenang segala memori yang tercipta kat office tu. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan. i will miss all of you!

Petang tu juga, cik N dapat call daripada crush cik N yang dulu sejak tahun 2013. Sekarang dia dah kahwin lah dan hati cik N dah terawat dah walaupun sikit. cik N tak sempat nak angkat call dari dia. then, dia pun text sebab cik N dah last day kan. Lagipun cik N tak sempat nak jumpa dia, dah dekat sebulan dia outstation. Hmm panjang lebar dia text. Macam - macam dia ingatkan. Jangan tinggal solat, jaga diri, buat kerja yang terbaik, jaga tingkahlaku dan macam - macam lagi. Terima kasih yea, cik N akan ingat segala pesanan awak. Sebak juga rasa di hati. Awak pun jaga diri dan family. Jaga kesihatan juga. Terima kasih untuk segalanya.





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, January 27, 2016

Farewell Part 2

Hari ni perancangan farewell tak dijangka oleh Dr Fatiha. Perbincangan dan pertemuan sebelum balik membawa cik N ke Paramount Coffee House, Bangi Sentral. Cik N dating berdua je dengan Dr Fatiha. Food and beverage kat situ not bad. Sedap jugak aglio spagetti kat situ. Chuross pun. Recommended la untuk datang lagi.

cik N memang tak suka farewell sebenarnya. cik N mesti sedih. mesti nangis. Hati tisu betul. hmm. Sebelum balik tadi, Dr Fatiha hadiahkan cik N beg yang comel. Alhamdulillah, terima kasih yea.

Dr Fatiha,
Terima kasih sebab sudi berkawan dengan cik N. Terima kasih sebab menjadi kawan yang terbaik. Terima kasih untuk segalanya. Jaga diri dan doa yang terbaik buat kita semua. Jangan lupakan cik N yea. Maaf jika ada salah silap sepanjang perkenalan kita.
i will miss you.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, January 26, 2016

JK Eksekutif IWKL

Alhamdulillah. Mesyuarat kali pertama JK Eksekutif IWKL telah diadakan pada 24 Januari 2016 sempena cuti Thaipusam yang bertempat di Kelab Golf Perkhidmatan Awam. Haha ! Buat pertama kalinya juga cik N drive jauh sampai ke KL. Nak dikatakan sesat tu tak payah nak cakap lah, pergi rumah kak Hanizah kat Presint 11, Putrajaya pun boleh sesat apatah lagi nak sampai ke Bukit Kiara ni. Haha. Alhamdulillah, dekat berkat niat yang ikhlas sampai jua tempat yang dituju tepat pada masanya. 

Sesampainya di sana, kami disambut dengan monumen bola golf yang besar. Haha terpegun kejap cik N melihatnya. Tidak lama kemudian, datang lelaki yang buat cik N berdebar apabila hanya melihat gambarnya sahaja sebelum ini. Nak tahu namanya, biarlah rahsia. Beliau adalah ahli baru yang dilantik untuk menggerakkan lagi IWKL. Mesyuarat dimulakan tepat pada jam 10.00 pagi dan tamat pada 12.30 tengah hari oleh pengerusi IWKL yang cik N dah anggap macam uncle cik N. Hasil perbincangan, 7 program bakal dijalankan pada tahun 2016 ini. Sejauh mana program itu berjaya, kita sama - sama usahakan. Tugas cik N sekarang, haha buat minit mesyuarat. Mood sila lah datang kepadaku, aku seru. cik N ni kalau nak buat minit mesyuarat memang perlukan mood yang tenang untuk mengarang ayat yang terbaik. Haish, lagi lambat cik N buat minit, lagi lambat tindakan di ambil. Sila bergerak ye cik N!

Ahli yang lain sibuk match kan cik N dengan lelaki yang buat hati cik N berdebar tu. Tetapi, reaksi lelaki itu seperti seakan tidak menyukai. Tidak mengapa, cik N tidak mengharapkan lebih. Cukup kita saling mengenali dan mampu bekerjasama dalam pasukan. Selebihnya, cik N serahkan kepada takdir Allah. Semoga program yang dirancangkan dapat dijalankan dengan jayanya. 

Kita doa jodoh kita ye.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, January 25, 2016

Farewell Part 1

Hari jumaat yang lepas bersamaan 22 Januari 2016, Ema, Zatiey dan Ummi buat Majlis Farewell  Cik N kat IOI City Mall, Putrajaya. Makan-makan dan acara wajib mestilah bergambar sana sini. Haha sampai lah nak balik mereka hadiahkan cik N dengan bear yang comel. Terima kasih sehingga infiniti diucapkan buat mereka. Cik N sangat menghargai. Semoga kamu semua tidak melupakan cik N ye. Cik N doakan yang terbaik buat kamu semua.

I will miss all of you
Sayang!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, January 18, 2016

Puisi: Unsaid Love

Hari ini, tarikh ini
Dapat ku berbicara denganmu
Dapat ku mendengar suaramu
Seperti ku berada dalam mimpi rasanya
Redup ku dengari, ND
Meruntun jiwa
Tapi sayang, ku tak bisa memilikimu
Hati kadang kata tidak mengapa
Ingin ku biarkan sahaja..
Kadang, mengharap sebuah keajaiban

Ku doakan semoga kau selalu sejahtera
Di sisi siapa yang kau cinta
Biarpun itu bukan aku
Akan ku pergi jauh
Asalkan kau senang bahagia
dan kau tetap dalam ingatanku..




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, January 13, 2016

AH

Let my soul smile through my heart and my heart smile through my eyes, that I may scatter rich smiles in sad hearts.


AH, 
thank you so much.
You make me smile and laugh in my sad moments. 
I'm very appreciate that you are here by my side. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Kemaafan

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi cik N akan berada di office tu. Akhir - akhir ini macam - macam pula yang berlaku kat office. Cik N rasa macam nak berhenti cepat aje. Tak sanggup rasanya. Alhamdulillah, bila cik N fikirkan semula, cik N bersyukur perjalanan hidup cik N diatur begitu. cik N bersyukur dikurniakan rezeki di saat dan ketika ini, hati manusia kita tidak dapat nak duga. Siapa sangka, di saat akhir ini ada yang meluahkan rasa ketidakpuashatian. Sedih cik N pada ketika itu, cik N gagahkan jua demi hari yang berbaki.

Bukan niat cik N nak melepas tangan terhadap kerja - kerja cik N. Mungkin di antara awak semua yang merasakan begitu. cik N minta maaf. cik N tidak begitu mahir dalam kerja yang dikerjakan, sebab semua adalah bos cik N yang buat. cik N hanya membantu yang mana perlu sahaja. Sedangkan cik N sendiri pun belum habis memahami apa yang dilakukan oleh bos cik N dulu. Maaf lah kalau awak rasa terbeban dengan apa yang ditinggalkan. Cik N sendiri rasa kesal kerana tidak mampu berdiri bersama awak untuk mempertahankan dan memperjuangkan bersama apa yang sepatutnya. Terimalah maaf cik N ini.

kepada awak si gadis yang cantik, cik N tidak pernah merasa merendahkan awak. Jika awak merasa begitu dan membenci cik N, cik N terima apa sahaja. cik N tidak sama sekali rasa tidak menyukai awak. Kalau ada pun, cik N buang jauh - jauh sebab kita hidup perlu matang. Perkara remeh tidak perlu dibesarkan. cik N doakan yang terbaik buat awak.

kepada awak kakak yang baik, cik N tidak berniat juga untuk merendahkan awak. cik N hanya meluahkan rasa sayang untuk tinggalkan office cik N. Sayang untuk tinggalkan apa yang cik N dah katakan kepada dia; berdiri bersama dan terus menyokong. Dan kata - kata luahan itu bukan bermaksud cik N merendahkan kebolehan awak kakak. Sikit pun tak terniat di hati. cik N cuma meluahkan rasa hati yang menyerabutkan. Maaf juga cik N terlepas kata - kata yang mungkin menyakiti awak kakak. Benar seperti yang di ajar dalam islam, ketika marah segeralah ambil wuduk. Maaf juga kerana cik N gagal mengawal emosi yang menyerabutkan.

Akhir kata, Cik N minta maaf pada awak semua jika cik N pernah melukakan hati awak semua. ya, cik N rasa adalah lebih baik cik N tidak berada di situ. Jika ada yang terguna terpakai terpinjam minta dihalalkan yea awak semua. cik N doakan yang terbaik buat awak semua. Kalau ada hutang yang masih cik N belum jelaskan, mohon khabarkan kepada cik N. Maaf sekali lagi dari hati.

Semoga cik N terus tabah.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, January 4, 2016

Puisi : Hari Esok

Akan datang
Hidup lagi mencabar dan penuh berliku
Bekalan hari ini semoga cukup untuk hari esok
Untuk jadi lebih kuat dan tabah lagi
Seperti selalu..
Biarlah hari ini kita bersusah dahulu
Biarlah hari ini kita terseksa merana
Tersisih segalanya..
Semoga hari yang mendatang diselang pelangi 
yang akan mengindahkan harimu
Biar sejuk hati ini
Maka senyumlah
Jangan dirisaukan

Nukilan hati: Cik N




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen