Online Diary Kisah Gadis Bernama N: Mencipta Memori

Sunday, December 20, 2015

Mencipta Memori

Alhamdulillah. Hari ini satu lagi memori telah cik N ciptakan dalam hidup cik N. Kadang, hidup kita ni perlu diwarnakan dengan macam - macam aktiviti. Barulah tidak rasa hidup ini sama je dan tidak bermakna. Tahniah buat cik N yang telah berjaya mencabar diri untuk masuk karnival sukan kat tempat kerja cik N. Tamat sudah perlawanan Badminton selama dua hari. Rezeki tidak memihak pada rumah sukan cik N. Tak mengapa, kita semua dah cuba yang terbaik. Kita cuba pungut mata dalam sukan yang lain pula yea. hehe.

Deraian ketawa oleh ND sedang bermain di minda cik N ketika ini. cik N nampak dia gelak dan ketawa semasa cik N sedang berlawan dengan rumah sukan dia untuk set single wanita. Terganggu pula rasanya. Cik N memang tak pandai main. Cik N mengikut apa yang disuruh oleh pengurus yang meletak cik N begitu walaupun seminggu sebelum pertandingan cik N berlatih dengan gigih bersama coach yang rela hati untuk melatih cik N. Terima kasih coach. Jasamu dikenang dan tidak terbalas. Halalkan ilmu yang diajar. Pada asalnya, cik N tak nak bermain dalam acara badminton tetapi bila mengenangkan tiada calon yang akan bermain untuk wanita bagi rumah sukan cik N, cik N sahut cabaran itu. 

Sepanjang minggu lepas dan dua hari pertandingan berlangsung, peluang cik N untuk meneliti wajah dia sangat luas. Sangat dekat. Tetapi, cik N tak lah sampai tegur dia sebab cik N rasa macam tiada apa untuk disembangkan. Cik N terfikir kembali, bagaimana cik N boleh tersuka tanpa sengaja kepada dia dulu. Sedangkan sekarang ni cik N merasakan seperti tiada perasaan pula apabila melihat wajahnya. Sedangkan dulu, cik N merasakan alangkah indahnya jika memiliki dia dengan memandang wajahnya sahaja. Pelik kan perasaan manusia ini. Berbolak balik. Betul, kata orang kalau suka seseorang simpan dia di dalam doa dan jangan simpan di dalam hati kerana hati sifatnya berbolak balik. Mungkin tanggapan cik N pada dia dah berubah kot selepas semakin lama mengenali dia. Kita juga tak boleh judge orang daripada luaran je kot. hmm

Dengan adanya aktiviti macam ni,  cik N berpeluang untuk berkenalan ramai orang. Ramai yang cik N baru kenal. Bagus juga aktiviti macam ni. Baru lah cik N tahu, kat office cik N rupanya ramai atlet yang power! haha.

Pape pun, cik N sangat gembira kerana berpeluang untuk mencipta satu memori dalam hidup cik N. 
Tahniah, sebab dah berjaya mencabar diri walaupun kalah, teruskan semangat itu.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen