Online Diary Kisah Gadis Bernama N: December 2015

Wednesday, December 30, 2015

Egois


To walk around with an ego is a bad thing.
To have confidence in yourself is a great thing.


Egois. Perasaan ego tu selalu menyakitkan sesiapa yang menerimanya. Ego ni selalu perasaan yang mementingkan diri sendiri dan mementingkan akunya. Dia mungkin keras kepala, tidak mahu berbincang malah tidak mendengar sepatah pun. tetapi ada perasaan ingin tahu. Egonya untuk melafazkan sayang. Egonya untuk mengaku kepunyaan. Kejadian hari ini betul - betul buat cik N rasa mahu menangis semahunya. Melepaskan kekesalan di hati. Lebih pada kecewa di hati. 

Tidak mengapa cik N. Jangan mudah mengalah. Bila orang tengok kita lemah, orang akan ambil lagi kesempatan untuk terus menyakiti hati kita. Jadilah diam ubi berisi. Buktikan kepada mereka, yang cik N mampu buat sesuatu yang mereka tak tercapai di fikiran. InsyaAllah. 

Usaha. Doa. Tawakal.
Jangan pernah menyerah selagi belum berjuang.
Tabahkan hati dan terus berjalan.
Senyum jangan dilupa.
Semoga hati tenang.
InsyaAllah.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, December 29, 2015

Mendabik Dada

Letihnya hari cik N hari ini. Hari ini adalah hari pertama cik N masuk kerja setelah seminggu bercuti. Kerja di office tak lah tertangguh mana haha yang tertangguh pun cuma sikit je. pandai tak cik N plan cuti. Hujung - hujung tahun plan cuti. seminggu cuti pun tak kemana, kat rumah je goyang kaki hihi 

Hari ini juga hari kedua cik N turun training netball. semalam, walaupun cik N cuti, cik N turun jugak training dan walaupun hari hujan. haha semangat betul. Chaiyok! nak tahu tak sebab kenapa. Sebabnya, cik N tak pandai main netball. so, nak kutip semua ilmu daripada player office cik N yang berpengalaman. Hmm biasalah cik N mesti kena buli kan sebab tak pandai main. Tapi, kalau tak diberi peluang, macam mana nak pandai main kan. Pembelajaran adalah proses kehidupan.

cik N kurang berkenan dan terngiang - ngiang je kata - kata salah seorang player netball yang tersangat terror tu. Hmm yea cik N tahu, cik N tak pandai main netball tapi jangan sampai menghina orang lain. Jangan sampai memalukan orang lain di khalayak ramai. Jangan sampai menyakitkan perasaan orang lain. Mungkin satu kelebihan Allah kurniakan kelebihan kita pada sesuatu perkara. Janganlah pula kita mendabik dada. Bagi cik N, kita ada ilmu kita kongsikan dengan orang. Ilmu tak akan hilang. Sambil kita bermain, bersuka ria sambil kita mencipta pahala. Mungkin orang yang kita ajar itu menggunakan ilmu yang diajar sepanjang hayatnya malah disampaikan pula kepada orang lain. Tidakkah berganda - ganda pahala kita. sedangkan sedikit sangat ilmu dan kehebatan yang kita miliki, kita sampaikan. Takpe awak, cik N dah maafkan awak. Cik N anggap je semua itu kelemahan cik N. Mungkin cik N dulu begitu tanpa disedari, Allah mendatangkan semula kepada cik N. Karma kehidupan.

cik N bermuhasabah diri sekejap sewaktu mandi tadi. Orang cakap, apabila badan dan kepala kita terkena air yang sejuk, ia akan mendatangkan mood tenang. Fikiran kita juga ligat untuk berfikir. Merenung semula aktiviti seharian. Sudah terbiasa untuk cik N merenung semula ketika mandi dan sebelum tidur. Takut juga kalau cik N ade tersakiti sesiapa. Maafkan cik N jika pernah menyakiti sesiapa. Cik N manusia biasa yang tak pernah lari dari kesilapan.

cik N share sedikit ilmu. cik N pun kurang lagi ilmunya ni. kita kan manusia, ilmunya memang sangat sedikit. Tugas kita di bumi Allah ini untuk mencari ilmu sebanyak mungkin. Cik N jumpa blog yang berkisarkan "takabur" setelah cik N menggunakan khidmat pak cik Google tadi. Semoga bermanfaat buat semua. Tapi, penulisnya daripada Indonesia la yea hihi. takpe, jangan dikisahkan siapa yang menyampaikan tetapi kisahkan apa yang disampaikan.

Blog Ilmu. Kutiplah segera di sini sayang.  
Semoga bermanfaat.
Tolong ingatkan ku ya Allah.
sewaktu senang, sewaktu berada di puncak dunia.
janganlah kau uji nanti dengan sikap ini
dan janganlah biar ku tersasar jauh. 
dari mensyukuri nikmatMu Ya Allah.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, December 23, 2015

Say Hye to Freedom Life and Say Bye to Stressed Life

Assalamualaikum. Alhamdulillah, Majlis Persaraan my beloved boss dah berjaya diraikan pada 21 Disember 2015 yang lepas dengan jayanya. Terima kasih buat semua officemate cik N yang bertukus lumus menjayakannya. Jasamu dikenang. Semua orang mengambil peranan masing - masing. Ada yang mengemas, ada yang buat video untuk tayangan multimedia, ada yang buat kek khas untuk majlis, ada yang setup game bagi memeriahkan majlis, ada yang menguruskan cenderahati, ada yang menguruskan tetamu, ada yang menghias tempat dengan belon -  belon dan bola - bola api haha dan macam - macam lagi. Serius, sangat happening.

Yang paling mendapat pujian adalah photobooth yang digubah khas oleh cik Yan dan cik Ummi. Good job dear ! begitu juga dengan tayangan video dan persembahan slide yang direka oleh Kak Nida, Alip dan Fikry. Thumbs up you guys! Tahniah semua! cik N je yang tak seberapa nak okay sebab pertama kali jadi emcee untuk majlis yang dihadiri oleh ramai orang. Kalaulah mikrofon ada, alhamdulillah mesti okay. Sebabnya, suara cik N yang sangat halus dan orang tak dapat dengar dengan jelas.

Pape pun, selamat bersara my beloved Boss. Say Hye to Freedom Life and say Bye to Stress Life. Dekat 3 tahun cik N jadi setiausaha beliau, terlalu banyak perkara yang menyesakkan dan memeningkan kepala. Situ nak buat laporan dan situ juga nak kejar dateline. Haha sudahnya, migrain sendiri. Sekarang, no more reports and no more rules. hehe

Kepada tetamu majlis hari tu, maaf kalau ada kekurangan dalam menjayakan majlis, Terima kasih juga kerana sudi datang memeriahkan majlis. 

Happy retirement My Boss.
Have a good health.
Thank you for all your support and dedication.
Thank for all your advice to make me strong.
I will miss you, En Mokmin.





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, December 20, 2015

Mencipta Memori

Alhamdulillah. Hari ini satu lagi memori telah cik N ciptakan dalam hidup cik N. Kadang, hidup kita ni perlu diwarnakan dengan macam - macam aktiviti. Barulah tidak rasa hidup ini sama je dan tidak bermakna. Tahniah buat cik N yang telah berjaya mencabar diri untuk masuk karnival sukan kat tempat kerja cik N. Tamat sudah perlawanan Badminton selama dua hari. Rezeki tidak memihak pada rumah sukan cik N. Tak mengapa, kita semua dah cuba yang terbaik. Kita cuba pungut mata dalam sukan yang lain pula yea. hehe.

Deraian ketawa oleh ND sedang bermain di minda cik N ketika ini. cik N nampak dia gelak dan ketawa semasa cik N sedang berlawan dengan rumah sukan dia untuk set single wanita. Terganggu pula rasanya. Cik N memang tak pandai main. Cik N mengikut apa yang disuruh oleh pengurus yang meletak cik N begitu walaupun seminggu sebelum pertandingan cik N berlatih dengan gigih bersama coach yang rela hati untuk melatih cik N. Terima kasih coach. Jasamu dikenang dan tidak terbalas. Halalkan ilmu yang diajar. Pada asalnya, cik N tak nak bermain dalam acara badminton tetapi bila mengenangkan tiada calon yang akan bermain untuk wanita bagi rumah sukan cik N, cik N sahut cabaran itu. 

Sepanjang minggu lepas dan dua hari pertandingan berlangsung, peluang cik N untuk meneliti wajah dia sangat luas. Sangat dekat. Tetapi, cik N tak lah sampai tegur dia sebab cik N rasa macam tiada apa untuk disembangkan. Cik N terfikir kembali, bagaimana cik N boleh tersuka tanpa sengaja kepada dia dulu. Sedangkan sekarang ni cik N merasakan seperti tiada perasaan pula apabila melihat wajahnya. Sedangkan dulu, cik N merasakan alangkah indahnya jika memiliki dia dengan memandang wajahnya sahaja. Pelik kan perasaan manusia ini. Berbolak balik. Betul, kata orang kalau suka seseorang simpan dia di dalam doa dan jangan simpan di dalam hati kerana hati sifatnya berbolak balik. Mungkin tanggapan cik N pada dia dah berubah kot selepas semakin lama mengenali dia. Kita juga tak boleh judge orang daripada luaran je kot. hmm

Dengan adanya aktiviti macam ni,  cik N berpeluang untuk berkenalan ramai orang. Ramai yang cik N baru kenal. Bagus juga aktiviti macam ni. Baru lah cik N tahu, kat office cik N rupanya ramai atlet yang power! haha.

Pape pun, cik N sangat gembira kerana berpeluang untuk mencipta satu memori dalam hidup cik N. 
Tahniah, sebab dah berjaya mencabar diri walaupun kalah, teruskan semangat itu.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, December 11, 2015

Jangan Mengalah

Meniti sepi bersendiri. 
Bahagia cuma ciptaan mimpi. 
Mana setia bersamaku. 
Janji mu palsu yang aku ragu. 
Kata - katamu lengkap bersandiwara. 
Cintamu tak berharga.


Rangkap lagu Wani yang menyentuh hati cik N di malam ini. Penat sudah rasanya cik N lalui semua ini. Tak terdaya lagi rasanya. Rasa ingin sahaja hentikan putaran masa dunia. Sedangkan orang lain sedang meniti bahagia, Cik N masih jua begini. Masih bersendiri. Detik hati selalu berkata. Tetapi, siapalah kita hamba yang hina yang tiada kuasa menentukan takdir Ilahi. Jika Allah kata belum tiba masanya, bersabarlah wahai hati. Masa itu akan tiba. Akan terhapus semua rasa kekusutan yang menyesakkan di dada kini. Kian hari kian menahan dan cuba untuk bertahan. Pekakkan telinga, butakan mata dengan apa yang terjadi. Orang tidak akan memahami. Mereka tidak berada di kasut kita. 

Pujuk hati, jangan mengalah. Usaha dan usaha lagi. Sampai berada di puncaknya. Kita jatuh bukan bermakna kita lemah. Bukan bermakna kita kalah. Kita sedang diuji untuk terus rasa kuat lagi. Supaya kita akan terus tabah dalam mengharugi liku. Kehidupan setiap manusia tidak sama, berbeza arasnya. Ada yang mudah dan ada yang sangat sukar. Jatuh berkali - kali tetapi jangan lupa untuk bangkit kembali.

Kelak, bila berada di puncaknya jangan pula meninggi diri. Lupa pada kejatuhan. Lupa akan kesusahan. Itu yang paling ditakuti. Biarlah kehidupan sekarang begini. Bersederhana. Tahu erti rasa bersyukur. Tahu erti rasa kepahitan. Semoga ada sinar yang indah di penghujung penantian ini.

Jangan Mengalah. Semoga terus tabah.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, December 7, 2015

Yakin Diri

Alhamdulillah. Majlis resepsi kawan cik N, Pn Adibah dan En. Syis berlangsung denga jayanya pada hari sabtu yang lepas. Cik N doakan kalian berdua bahagia hingga ke syurga. Terima kasih cik N ucapkan kerana memberi peluang untuk menjadi bridesmaid pada hari yang bersejarah kalian. Maaf jika ada kekurangan dan keterlanjuran. Terima kasih juga memperkenalkan cik N dengan En. Iman yang baik hati. Bagi cik N, kalau tertulis jodoh, cik N tidak menolak. Buat masa ini biarlah takdir dan masa yang menentukan.

Cik N sepatutnya bertugas lagi untuk majlis bertandang mereka. Tetapi cik N tak dapat nak tunaikan atas faktor keluarga. Cik N kena berkorban acapkalinya biarpun orang tak endahkan apa yang cik N rasakan ketika ini. Tak mengapalah, cik N dah biasa. Semoga satu hari nanti terbalas semua ini. Biarlah rasa itu terus tersimpan dalam hati.

Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Cik N bersyukur kerana diaturkan takdir itu yang mana cik N menjadi sebahagian dalam majlis mereka. Cik N dapat rasakan ada semangat baru dalam diri cik N yang mendatangkan rasa gembira, bahagia dan berkeyakinan. Tidak pasti datang dari mana, tapi cik N merasakannya. Terima kasih Pn Adibah yang memberi semangat yang baru buat cik N. 

Semoga jodoh cik N menjelma.
Dilema masih membujang.




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen