Online Diary Kisah Gadis Bernama N: January 2016

Wednesday, January 27, 2016

Farewell Part 2

Hari ni perancangan farewell tak dijangka oleh Dr Fatiha. Perbincangan dan pertemuan sebelum balik membawa cik N ke Paramount Coffee House, Bangi Sentral. Cik N dating berdua je dengan Dr Fatiha. Food and beverage kat situ not bad. Sedap jugak aglio spagetti kat situ. Chuross pun. Recommended la untuk datang lagi.

cik N memang tak suka farewell sebenarnya. cik N mesti sedih. mesti nangis. Hati tisu betul. hmm. Sebelum balik tadi, Dr Fatiha hadiahkan cik N beg yang comel. Alhamdulillah, terima kasih yea.

Dr Fatiha,
Terima kasih sebab sudi berkawan dengan cik N. Terima kasih sebab menjadi kawan yang terbaik. Terima kasih untuk segalanya. Jaga diri dan doa yang terbaik buat kita semua. Jangan lupakan cik N yea. Maaf jika ada salah silap sepanjang perkenalan kita.
i will miss you.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, January 26, 2016

JK Eksekutif IWKL

Alhamdulillah. Mesyuarat kali pertama JK Eksekutif IWKL telah diadakan pada 24 Januari 2016 sempena cuti Thaipusam yang bertempat di Kelab Golf Perkhidmatan Awam. Haha ! Buat pertama kalinya juga cik N drive jauh sampai ke KL. Nak dikatakan sesat tu tak payah nak cakap lah, pergi rumah kak Hanizah kat Presint 11, Putrajaya pun boleh sesat apatah lagi nak sampai ke Bukit Kiara ni. Haha. Alhamdulillah, dekat berkat niat yang ikhlas sampai jua tempat yang dituju tepat pada masanya. 

Sesampainya di sana, kami disambut dengan monumen bola golf yang besar. Haha terpegun kejap cik N melihatnya. Tidak lama kemudian, datang lelaki yang buat cik N berdebar apabila hanya melihat gambarnya sahaja sebelum ini. Nak tahu namanya, biarlah rahsia. Beliau adalah ahli baru yang dilantik untuk menggerakkan lagi IWKL. Mesyuarat dimulakan tepat pada jam 10.00 pagi dan tamat pada 12.30 tengah hari oleh pengerusi IWKL yang cik N dah anggap macam uncle cik N. Hasil perbincangan, 7 program bakal dijalankan pada tahun 2016 ini. Sejauh mana program itu berjaya, kita sama - sama usahakan. Tugas cik N sekarang, haha buat minit mesyuarat. Mood sila lah datang kepadaku, aku seru. cik N ni kalau nak buat minit mesyuarat memang perlukan mood yang tenang untuk mengarang ayat yang terbaik. Haish, lagi lambat cik N buat minit, lagi lambat tindakan di ambil. Sila bergerak ye cik N!

Ahli yang lain sibuk match kan cik N dengan lelaki yang buat hati cik N berdebar tu. Tetapi, reaksi lelaki itu seperti seakan tidak menyukai. Tidak mengapa, cik N tidak mengharapkan lebih. Cukup kita saling mengenali dan mampu bekerjasama dalam pasukan. Selebihnya, cik N serahkan kepada takdir Allah. Semoga program yang dirancangkan dapat dijalankan dengan jayanya. 

Kita doa jodoh kita ye.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, January 25, 2016

Farewell Part 1

Hari jumaat yang lepas bersamaan 22 Januari 2016, Ema, Zatiey dan Ummi buat Majlis Farewell  Cik N kat IOI City Mall, Putrajaya. Makan-makan dan acara wajib mestilah bergambar sana sini. Haha sampai lah nak balik mereka hadiahkan cik N dengan bear yang comel. Terima kasih sehingga infiniti diucapkan buat mereka. Cik N sangat menghargai. Semoga kamu semua tidak melupakan cik N ye. Cik N doakan yang terbaik buat kamu semua.

I will miss all of you
Sayang!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, January 18, 2016

Puisi: Unsaid Love

Hari ini, tarikh ini
Dapat ku berbicara denganmu
Dapat ku mendengar suaramu
Seperti ku berada dalam mimpi rasanya
Redup ku dengari, ND
Meruntun jiwa
Tapi sayang, ku tak bisa memilikimu
Hati kadang kata tidak mengapa
Ingin ku biarkan sahaja..
Kadang, mengharap sebuah keajaiban

Ku doakan semoga kau selalu sejahtera
Di sisi siapa yang kau cinta
Biarpun itu bukan aku
Akan ku pergi jauh
Asalkan kau senang bahagia
dan kau tetap dalam ingatanku..




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, January 13, 2016

AH

Let my soul smile through my heart and my heart smile through my eyes, that I may scatter rich smiles in sad hearts.


AH, 
thank you so much.
You make me smile and laugh in my sad moments. 
I'm very appreciate that you are here by my side. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Kemaafan

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi cik N akan berada di office tu. Akhir - akhir ini macam - macam pula yang berlaku kat office. Cik N rasa macam nak berhenti cepat aje. Tak sanggup rasanya. Alhamdulillah, bila cik N fikirkan semula, cik N bersyukur perjalanan hidup cik N diatur begitu. cik N bersyukur dikurniakan rezeki di saat dan ketika ini, hati manusia kita tidak dapat nak duga. Siapa sangka, di saat akhir ini ada yang meluahkan rasa ketidakpuashatian. Sedih cik N pada ketika itu, cik N gagahkan jua demi hari yang berbaki.

Bukan niat cik N nak melepas tangan terhadap kerja - kerja cik N. Mungkin di antara awak semua yang merasakan begitu. cik N minta maaf. cik N tidak begitu mahir dalam kerja yang dikerjakan, sebab semua adalah bos cik N yang buat. cik N hanya membantu yang mana perlu sahaja. Sedangkan cik N sendiri pun belum habis memahami apa yang dilakukan oleh bos cik N dulu. Maaf lah kalau awak rasa terbeban dengan apa yang ditinggalkan. Cik N sendiri rasa kesal kerana tidak mampu berdiri bersama awak untuk mempertahankan dan memperjuangkan bersama apa yang sepatutnya. Terimalah maaf cik N ini.

kepada awak si gadis yang cantik, cik N tidak pernah merasa merendahkan awak. Jika awak merasa begitu dan membenci cik N, cik N terima apa sahaja. cik N tidak sama sekali rasa tidak menyukai awak. Kalau ada pun, cik N buang jauh - jauh sebab kita hidup perlu matang. Perkara remeh tidak perlu dibesarkan. cik N doakan yang terbaik buat awak.

kepada awak kakak yang baik, cik N tidak berniat juga untuk merendahkan awak. cik N hanya meluahkan rasa sayang untuk tinggalkan office cik N. Sayang untuk tinggalkan apa yang cik N dah katakan kepada dia; berdiri bersama dan terus menyokong. Dan kata - kata luahan itu bukan bermaksud cik N merendahkan kebolehan awak kakak. Sikit pun tak terniat di hati. cik N cuma meluahkan rasa hati yang menyerabutkan. Maaf juga cik N terlepas kata - kata yang mungkin menyakiti awak kakak. Benar seperti yang di ajar dalam islam, ketika marah segeralah ambil wuduk. Maaf juga kerana cik N gagal mengawal emosi yang menyerabutkan.

Akhir kata, Cik N minta maaf pada awak semua jika cik N pernah melukakan hati awak semua. ya, cik N rasa adalah lebih baik cik N tidak berada di situ. Jika ada yang terguna terpakai terpinjam minta dihalalkan yea awak semua. cik N doakan yang terbaik buat awak semua. Kalau ada hutang yang masih cik N belum jelaskan, mohon khabarkan kepada cik N. Maaf sekali lagi dari hati.

Semoga cik N terus tabah.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, January 4, 2016

Puisi : Hari Esok

Akan datang
Hidup lagi mencabar dan penuh berliku
Bekalan hari ini semoga cukup untuk hari esok
Untuk jadi lebih kuat dan tabah lagi
Seperti selalu..
Biarlah hari ini kita bersusah dahulu
Biarlah hari ini kita terseksa merana
Tersisih segalanya..
Semoga hari yang mendatang diselang pelangi 
yang akan mengindahkan harimu
Biar sejuk hati ini
Maka senyumlah
Jangan dirisaukan

Nukilan hati: Cik N




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen