Online Diary Kisah Gadis Bernama N

Monday, June 19, 2017

Setahun Sudah Berlalu

Setahun telah berlalu. Menjadi kenangan yang terindah buat cik N. Pengalaman yang lebih mendewasakan. Dari hari mula melaporkan diri sehingga tamat latihan. Encik A selalu menemani cik N. Selalu ada dalam susah senang. Kita harungi bersama. Terima kasih atas segalanya. Encik A beri hati awak kepada cik N. tidak menyangka ada cerita cinta kita. cik N sangat hargai walaupun pada mulanya meragui. Semakin lama semakin sayang. Sampai tidak sanggup berjauhan. Biarpun beza umur kita hanya 6 tahun, macam - macam kita buat perancangan. Kita merancang untuk sebuah kehidupan perkahwinan yang indah. 

Tapi sayang sekali ianya terputus di tengah jalan setelah cik N memberikan jiwa dan raga. Lama sungguh untuk cik Ain bangkit. Sehingga hari ini masih belum boleh bangkit. Alasan yang diberikan hanya kerana tidak tahan dengan perangai cik N. cik N yang ingin dihubungi selalu, yang tidak memahami keadaan kerja. cik N bukan tidak memahami keadaan kerja awak Encik A tetapi cik N sangat memahami dan selalu memberi semangat. Hanya kerana itu, bukan sebab cik N curang atau berskandal. cik N tidak pernah terlintas nak buat semua itu. Cik N tahu awak tersepit dengan keadaan. Sebab tu awak memilih untuk melepaskan cik N. cik N tahu awak masih sayang biarpun percakapan awak mengatakan awak dah benci cik N. cik N sanggup datang JB semata untuk bertemu dengan awak. Cik N nak melihat wajah yang cik N rindukan. tapi, hampa yang cik N dapat. Kata - kata kasar berupa seperti awak tidak punya perasaan langsung. Mungkin awak tak ingat kata - kata awak buat cik N, Encik A. Tidak mengapa, cik N percaya Allah Maha Adil. cik N harap suatu hari nanti cik N akan ketahui apa sebenarnya yang berlaku. Biarpun masa yang terlalu lama. cik N terima semua ketentuan ini. Cik N terima diperlakukan begini. Mungkin selayaknya balasan kasih sayang cik N yang mencintai seseorang setulus hati. cik N tidak pasti kalau sebenarnya awak ada pengganti cik N yang lain dan awak mengambil keputusan begini. bagi cik N, kalau awak berterus terang awak dah ada orang lain tidak mengapa, jangan meletakkan kesalahan buat cik N yang awak sendiri tidak mahu meminta maaf atas percakapan kasar awak. 

Hati cik N kini masih kosong, masih mencintai awak Encik A. Masih mengharapkan awak kembali. Biarpun semua di sekeliling awak seolahnya membenci cik N. Cik N tak boleh nak paksa orang suka kita dan juga cik N tak boleh nak halang orang membenci kita. cik N dah cuba yang terbaik untuk hubungan ini. cik N pertahankan. cuma, cik N tidak tahu di mana silap cik N sehingga diperlakukan begini. cik N akan biarkan hati ini kosong. Biarkan sampai bila pun cik N tak pasti sebab hati cik N hanya untuk awak, Encik A. Tidak sanggup rasanya memberikan kepada insan lain. Ia terlalu mahal. 

Ujian Allah terlalu hebat dalam hidup cik N. Setiap yang berlaku ada pasang surutnya. Kadang kita gembira, merasai hidup ini indah. Kadang kita rasa tak sanggup melalui setiap liku hidup. cik N, kalau dahulunya kamu boleh tabah melalui cabaran hidup. Kenapa kini kamu tidak boleh. Allah tidak akan beri jika kamu tidak mampu. Bersabarlah jika hati sedang kecewa teruk sekalipun. 



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, February 3, 2016

Counting Days

Counting Days. I am so nervous! tinggal 6 hari je lagi cik N akan berada di rumah. Lepas ni pasti hidup cik N berubah. cik N menerima tawaran lantikan tetap di Jabatan Kastam Diraja Malaysia. cik N akan mula latihan mulai 10 Februari sampai 1 April 2016. Biarpun hanya 53 hari tapi cik dapat rasakan ia sangat mencabar diri cik N ni. Cik N ni dah lah macam puteri lilin. Takpe lah, cik N gagahkan jua demi masa depan yang lebih baik. Mungkin rezeki cik N kat sana nanti. Doakan yang terbaik yea buat cik N. 

yang paling buat cik N nervous adalah penempatan selepas latihan tu. ntah mana la cik N akan ditempatkan. Mereka maklumkan yang mana bujang dia akan hantar jauh - jauh. Kalau setakat johor cik N okayy lagi. haha kalau sabah dan sarawak. hmm terima sahaja la yea. dah menerima tugas berkhidmat untuk negara ni hihi kalau nak dekat, dia akan utamakan orang yang dah ada family hmm cik N calon pun tak ade lagi, macam mana laa nak ada family sendiri.

Doakan yang terbaik buat cik N,
nanti cik N story life training kat sana.
Tunggu tau ! hihi

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tanda Ingatan Hati

cik N tidak sengaja tercerita pada seorang kakak yang cik N rapat juga. dan cik N tahu juga dia rapat dengan crush cik N sekarang ni. cik N tidak pasti bagaimana cik N boleh tersuka tanpa sengaja pada lelaki itu. Sedangkan cik N tak pernah pun cakap dengan dia. Tapi yang pasti, mula - mula cik N sedar cik N dah falling in love cik N terus cakap ngan ayah cik N untuk merisik lelaki itu. haha ! mesti ayah cik N pelik anak dia tetiba bercakap tentang lelaki. Ntah, cik N rasa dia terlalu istimewa. cik N tak nak kehilangan orang yang istimewa. cik N lihat dia seperti lelaki biasa tapi cik N nampak dia sangat istimewa. cik N mula nampak dia pada awal tahun 2015 sedangkan dia dah bertahun dah kerja sama - sama tapi cik N tak pernah nak perasan. jawapan ayah cik N; dia suruh cik N tegur dan risik sendiri. hmm dah macam mana nak tegur. bukannya cik N satu office dan satu bahagian. Tak ada kena mengena. Buntu cik N waktu tu haha!

cik N pernah tegur dia dalam Messenger kat FB. Selepas kali pertama dia senyum dengan cik N. cik N berani kan diri untuk tegur. Mula - mula okayy, lama - lama cik N rasa cik N je yang macam terhegeh. dia macam tak heran pun. so, cik N stop dan mula jauhkan hati ini dan sedarkan diri tidak sepadan dengan dia yang sangat baik dan sempurna. cik N cuba nak hentikan perasaan ini tapi tak boleh. pelik betul ! hmm geram je rasa hati ni.

cik N ceritakan semua pada kakak tu, tak tahu dari mana datangnya keberanian cik N nak meluahkan segalanya. pada mulanya cik N hanya datang nak ucap selamat jalan buat kali terakhir pada kakak tu. tapi, bila dah start berborak hmm sampailah tercerita lepas cik N terdengar sekumpulan lelaki di office dia mengusik cik N dan mengaitkan dengan lelaki itu. Mulanya, cik N ingat nak bagi something buat tanda ingatan kepada lelaki itu. Tanda yang cik N pernah jatuh cinta tanpa sengaja. Konon nak buat delivery coklat bagai tapi kan mahal dan tak tahu berbaloi tak. Benda ni cik N dah fikirkan mula - mula cik N dapat tahu cik dapat lantikan tetap. Fikir punya fikir hmm lama juga dekat sebulan dan buat keputusan tak jadi nak bagi. Sebab dah tahu, dia mesti tak terima tanda ingatan tu. Tapi, lepas cik N story, kakak tu willing nak sampaikan tanda ingatan kepada crush cik N tu.  Mana lah tahu, hati dia terbuka nak terima tanda ingatan cik N. Alhamdulillah. sampai juga hajat cik N.

cik N beli jam tangan buat dia. mulanya cik N give up, sebab tak ada jam tangan yang cik N berkenan. Adik - adik cik N bagi semangat supaya cik N tak mengalah dan cari sampai jumpa. haha kelakar je. Ada sepasang jam tangan cik N dapat beli. satu untuk dia dan satu untuk cik N. hmm berdebar jugak nak bagi. kakak yang nak tolong cik N tu pun berdebar. Mana tahu hati lelaki itu boleh dilembutkan. cik N tak letak kan harapan begitu tinggi dan cukup sekadar berada di ingatan dia. cik N tahu cik N bukan lah orang yang layak untuk dia pilih sejak cik N dah pernah rasa down dengan dia sebelum ni. so, cik N tak nak letak harapan tinggi - tinggi. cik N serahkan segalanya pada Sang Pencipta. Kalau lelaki itu menolak, cik N doakan yang terbaik buat dia dan kalau dia terima sebagai kawan pun cik N tak kisah. cik N bersyukur. Tapi kalau hati dia terbuka untuk lebih dari seorang kawan, cik N akan menjaga sepenuh hati cik N sebab dia terlalu istimewa dan sempurna. 

Nervous cik N nak tunggu respon daripada dia. Apa pun cik N terima. Even dia nak pulang balik tanda ingatan itu pun cik N terima. sebab cik N dah usaha sebaik mungkin selain berdoa pada Dia. Semoga yang baik - baik sahaja. Haa kan cik N dah janji nak story kenapa cik N nak join Majlis Penutupan Karnival Sukan tu, sebabnya cik N nak tengok dia lah !. Semua acara yang melibatkan dia cik N turun bagi support. Tak tahu lah dia perasan ke tak. cik N ikhlas. Lagipun, itulah mungkin kali terakhir cik N boleh melihat dia walaupun dari jauh. At least cik N tak rasa ralat sebab tak usaha dan hanya menunggu sahaja. cik N dah usaha sehingga yang terakhir kalinya. yang lain cik N serahkan pada takdir. 

kepada awak, ND
Terima kasih sebab meninggalkan memori
Meninggalkan tanda di hati
Biarpun belum tahu bagaimana hati awak
Semoga awak baik - baik sahaja
Semoga awak terus kuat dan tabah
Jaga diri yea. 
Awak sentiasa dalam ingatan
Kalau awak meminta untuk saya tunggu
Saya akan tunggu hati awak






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen